Selamat Datang di
PT. DIMENSI JAYA vector pest control - IPM Program

Anggota Gratis
PT. DIMENSI JAYA vector pest control - IPM Program
Indonesia
  • Katalog Produk

    Informasi tentang CHIKUNGUNYA

    Informasi tentang CHIKUNGUNYA

    Jumlah Pesanan:

    Keterangan :

    Chikungunya ialah sejenis penyakit yang diakibatkan oleh alfavirus bawaan gigitan nyamuk Aedes aegypti. Penyelidikan terkini oleh Institut Pasteur di Paris menuntut bahawa virus ini telah mengalami mutasi yang membolehkannya untuk direbak oleh nyamuk Aedes Albopictus ( bahasa Inggris: Tiger mosquito) . Ini adalah punca wabak di Lautan Hindi dan ancaman di pantai Mediterranean pada masa ini.

    Chikungunya pertama kali dikesan melalui ujian darah di Tanzania pada tahun 1953. Semenjak itu ia berlaku di negara-negara Afrika, Asia dan akhir-akhir ini ia berlaku di beberapa buah tempat di Negara Eropah. Ia endemik ( selalu berlaku) di kebanyakan negara Sub Sahara Afrika, India, Asia Tenggara, Indonesia dan Filipina.

    Chikungunya juga dilaporkan melanda penduduk Bolaang Mangondow ( Sulawesi Utara) , Jember ( Jawa Timur) dan Kabupaten Bandung ( Jawa Barat) . Wabak Chikungunya pernah menjangkiti 27 orang di Pelabuhan Klang, Malaysia pada tahun 1999 .

    Nama penyakit ini berasal daripada perkataan Makonde yang bermaksud " sesuatu yang melengkung ke atas" dan merujuk kepada postur terbongkok-bongkok yang diakibatkan oleh gejala-gejala artritis. Penyakit ini diperihalkan buat pertama kali oleh Marion Robinson dan W.H.R. Lumsden pada tahun 1955, menyusul satu peletusan di Penara Makonde di sepanjang sempadan antara Tanganyika dan Mozambique pada tahun 1952. Chikungunya berkait rapat dengan virus O' nyong' nyong .

    Chikungunya tidak dianggap sebagai suatu penyakit yang membawa maut. Bagaimanapun, pada tahun 2005-2006, 200 kematian telah dikaitkan dengan penyakit Chikungunya di Pulau Reunion dan di India Selatan, terdapat peletusan penyakit ini yang meluas ( khususnya di Karnataka dan Andhra Pradesh) ; sila lihat Peletusan terkini di bawah.

    Gejala

    Simptom penyakit Chikungunya termasuk demam yang mencecah 39 darjah Celcius, keradangan biasanya digambarkan sebagai petekia atau makulopapular biasanya membabitkan kaki, tangan dan badan, dan artralgia atau artritis menyerang pelbagai sendi yang boleh melumpuhkan sekiranya teruk. Terdapat juga sakit kepala, jangkitan conjunktiva, serta sedikit fotopfobia.

    Penyakit Chikungunya boleh disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi. Ujian serologi untuk Chikungunya terdapat di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.

    Tidak terdapat sembarang rawatan khusus bagai Demam Chikungunya. Penyakit ini biasanya terhadap diri dan akan sembuh sendiri. Rawatan gejala dicadangkan selepas mengenepikan penyakit yang lebih berbahaya lain.

    Terbitan linguistik

    Menurut laporan awal Lumsden terhadap epidemiologi pada tahun 1955, istilah " chikungunya" berasal daripada kungunyala, kata kerja dasar Makonde yang bermaksud " kering" atau " berkernyut" . Dalam penyelidikan serentak, Robinson menterjemahkan istilah Makonde ini dengan tambahan antara baris sebagai " sesuatu yang melengkung ke atas" . Rujukan kepada bahasa Makonde kemudian terlepas perhatian pengarang-pengarang yang berikut dan mereka menganggap bahawa istilah ini berasal daripada bahasa Swahili, lingua franca kawasan itu. Anggapan yang salah ini telah diulangi dalam banyak sumber tercetak; Google menyenaraikan melebihi 15, 000 halaman dalam carian untuk " chikungunya swahili" .



Anda mendapat [3] permintaan baru.
Ke Menu Anggota

Depan - Penawaran Dagang - Daftar Produk - Daftar Permintaan - Daftar Kerjasama - Daftar Perusahaan
© 2024 Indotrade.com. Hak Cipta Dilindungi Undang-undang.